Saturday 1 October 2011

Pecahan
Definisi Pecahan:
Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.
Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah dibangunkan dan pecahan ini masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam pecahan 3/4,pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.
Kemudian, pecahan perpuluhan pula diperkenalkan, yang kini hanya dikenali sebagai "perpuluhan". Penyebutnya adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan digit di kanan titik perpuluhan. Jadi nombor perpuluhan 0.75 mempunyai pengangka 75 dan penyebut 10 kuasa 2 (kerana terdapat 2 digit di kanan titik perpuluhan). Oleh sebab itu, penyebutnya ialah 100.
Jenis pecahan ketiga yang sering digunakan ialah "peratusan", yang menggunakan penyebut 100 sahaja. Jadi, 75 peratus bermaksud 75/100.
Dalam matematik, set untuk semua pecahan (kasar) dipanggil set nombor nisbah dan diwakili simbol Q.
Penggunaan lain pecahan ialah untuk menunjukkan nisbah dan pembahagian. Jadi, pecahan 3/4 juga digunakan untuk menunjukkan nisbah 3:4 (tiga kepada empat) dan pembahagian 3 ÷ 4 (tiga dibahagikan dengan empat).
Istilah
Mengikut sejarah, "pecahan" merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan, nombor yang kini dipanggil "perpuluhan", asalnya dikenali sebagai "pecahan perpuluhan"; dan nombor yang kini dipanggil "pecahan", asalnya dikenali sebagai "pecahan kasar", perkataan "kasar" (vulgar) bermaksud "biasa" (commonplace).
Perkataan pecahan juga digunakan dalam ungkapan matematik seperti pecahan lanjar dan pecahan algebra.Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut. Lazimnya, satu garisan memisahkan keduanya. Jika garisan ini mencondong, ia digelar solidus atau slash, contoh 34. Jika garisannya melintang, ia digelar vinculum atau secara tidak rasmi, "palang pecahan", seperti :34 .
Tanda solidus boleh diabaikan dari gaya mencondong (contoh. 34), yang mengurangkan ruang tetapi masih memberi makna dalam konteksnya, tanda ini banyak digunakan dalam isyarat lalu lintas di beberapa negara.
Dalam paparan komputer dan tipografi, beberapa pecahan dinyatakan dalam satu angka. Antaranya:
§  ¼ (satu perempat)
§  ½ (satu perdua)
§  ¾ (tiga perempat)
§  ⅓ (satu pertiga)
§  ⅔ (dua pertiga)
§  ⅛ (satu perlapan)
§  ⅜ (tiga perlapan)
§  ⅝ (lima perlapan)
§  ⅞ (tujuh perlapan)
Penggunaan Pecahan
Pecahan lebih banyak digunakan apabila penyebutnya kecil. Ini adalah mudah untuk mendarab 32 dengan 316, berbanding mendarabnya dengan nombor perpuluhan untuk pecahan tersebut, (0.1875). Adalah juga lebih tepat mendarab 15 dengan 13, berbanding mendarabnya dengan nombor perpuluhan untuk satu pertiga (0.333...). Untuk mengubah satu pecahan menjadi nombor perpuluhan, bahagikan pengangka dengan penyebut, dan bundarkan kepada ketepatan yang diingini.
Pecahan terdiri daripada tiga bentuk iaitu
  1. Pecahan biasa
  2. Pecahan wajar
  3. Pecahan tak wajar
  4. Pecahan Setara

  1. Pecahan Biasa
Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang [[pembahagian]dibahagikan]] dengan satu integer bukan sifar (penyebut).

  1. Pecahan Wajar
Pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1.
C.   Pecahan Tak Wajar
Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (contoh. 97).

D.   Pecahan Setara
Pecahan setara ialah pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama. Pecahan setara bagi sesuatu pecahan boleh dicari dengan mendarab kedua-dua pengangka dan penyebut pecahan itu dengan suatu nombor bulat yang sama. Dua pecahan yang setara mempunyai hasil darab silang pengangka dan penyebut yang sama.
Penambahan


Hukum pertama penambahan pecahan ialah cuma kuantiti serupa yang boleh ditambah; contohnya, penambahan antara kuantiti perempat.Untuk penambahan kuantiti tak serupa, seperti menambah pertiga dengan perempat, keduanya perlu ditukar menjadi kuantiti serupa terlebih dahulu. Bayangkan sebuah saku mengandungi dua perempat, dan saku yang lain mengandungi tiga perempat; jumlahnya adalah lima perempat. Oleh kerana empat perempat adalah bersamaan dengan satu, ia boleh dinyatakan seperti berikut:

2/4 + ¾ =5/4
 
.

Penolakan
Secara dasarnya, proses penolakan pecahan adalah sama dengan penambahan; mencari penyebut sepunya, dan tukar setiap pecahan kepada pecahan setara dengan penyebut yang dipilih. Hasil tolak kedua-dua pecahan akan mempunyai penyebut tersebut, dan hasil tolak pengangka untuk pecahan asal. Contohnya,
  2/3 – ½ = 4/6 -3/6 =1/6


                                                                         
Pautan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pecahan
            http://www.youtube.com/watch?v=JRP6FwMflTc
            http://www.youtube.com/watch?v=VxpbMg_WASs
Perpuluhan
Definisi Perpuluhan :

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai asas. Sistem ini merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di tangan.
Sistem bilangan desimal/persepuluhan adalah sistem bilangan yang menggunakan 10 macam angka dari 0,1, sampai 9. Setelah angka 9, angka berikutnya adalah 1 0, 1 1, dan seterusnya (posisi di angka 9 diganti dengan angka 0, 1, 2, .. 9 lagi, tetapi angka di depannya dinaikkan menjadi 1). Sistem bilangan desimal sering dikenal sebagai sistem bilangan berbasis 10, kerana setiap angka decimal menggunakan basis (radix) 10, seperti yang terlihat dalam contoh berikut:
Angka desimal 123 = 1*102 + 2*101 + 3*100
Berikut adalah rajah yang menampilkan sistem angka desimal (basis 10), sistem bilangan biner (basis 2), sistem bilangan/ angka oktal (basis 8), dan sistem angka heksa desimal (basis 16) yang merupakan dasar pengetahuan untuk mempelajari komputer digital. Bilangan octal dibentuk dari bilangan biner-nya dengan mengelompokkan tiap 3 bit dari ujung kanan (LSB). Sementara bilangan heksa decimal  juga dapat dibentuk dengan mudah dari angka biner-nya dengan mengelompokkan tiap 4 bit dari ujung kanan.

Desimal
Biner (8 bit)
Oktal
Heksadesimal
0
0000 0000
000
00
1
0000 0001
001
01
2
0000 0010
002
02
3
0000 0011
003
03
4
0000 0100
004
04
5
0000 0101
005
05
6
0000 0110
006
06
7
0000 0111
007
07
8
0000 1000
010
08
9
0000 1001
011
09
10
0000 1010
012
0A
11
0000 1011
013
0B
12
0000 1100
014
0C
13
0000 1101
015
0D
14
0000 1110
016
0E
15
0000 1111
017
0F
16
0001 0000
020
10



1)    Penambahan Perpuluhan
  • Perpuluhan adalah nombor pecahan. Perpuluhan 0,3 adalah sama seperti pecahan 3 / 10. Bilangan 0,78 perpuluhan yang mewakili 78/100.
  • Menambah perpuluhan seperti menambah nombor lain.
  • Sentiasa beratur titik perpuluhan apabila menambah perpuluhan.
  • Jangan lupa untuk meletakkan titik perpuluhan di tempat yang sepatutnya dalam jawapan anda.
2)    Penolakan Perpuluhan
  • Perpuluhan adalah nombor pecahan.0,3 perpuluhan yang sama seperti 3 / 10.Bilangan 0,78 perpuluhan yang mewakili 78/100.
  • Menolak perpuluhan adalah sama seperti menolak nombor lain.
  • Sentiasa beratur titik perpuluhan apabila menolak perpuluhan.
  • Jangan lupa untuk meletakkan titik perpuluhan di tempat yang sepatutnya dalamjawapan anda.

              http://www.youtube.com/watch?v=btb14aZRPuI&feature=fvst