Saturday 1 October 2011

Peratusan


Peratusan


Definisi Peratusan :
Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Peratusan sering ditandai dengan tanda peratus, %. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035.


1.    Mencari peratus nombor

Ø  Langkah yang berikut adalah untuk menentukan peratus daripada nombor.
                                      I.        Darabkan nombor itu dengan pecahan (contoh: 87 × 68 = 5916 )
                                    II.        Bahagikan jawapan yang dapat dengan 100 (gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke kiri)=(contoh:5916/100 = 59.16 )
                                   III.        Bundarkan jawapan yang dapat kepada ketepatan yang dikehendaki ( 59.16 budarkan kepada nombor bulat yang terdekat iaitu 59).



2.    Tukarkan pecahan kepada peratusan
Ø  Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk menentukan pertukaran ini.
                                      I.        Bahagikan pengangka pecahanoleh denominato ( contoh 4/5= 0.8)
                                    II.        Darabkan dengan 100 ( gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke kanan)=(0.80×100=80)
                                   III.        Bundarkan kepada ketepatan yang dikehendaki
                                  IV.        MESTI tuliskan jawapan dengan tanda %

3.    Tukarkan peratusan kepada pecahan
Ø  Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk menentukan pertukaran ini.
                                      I.        Buang tanda %
                                    II.        Buat pecahan dengan peratus sebagai pembilang dan 100 sebagai penyebut
                                   III.        Mengurangkan pecahan sekiranya perlu.

4.    Tukarkan perpuluhan kepada peratusan
Ø  Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk menentukan pertukaran ini.
                                      I.        Darab perpuluhan itu dengan 100 (contoh : 0.90 × 100 = 90)
                                    II.        Tambahkan tanda % selepas mendapat jawapan yang betul (contoh 90%)

5.    Tukarkan peratusan kepada perpuluhan
Ø  Langkah yang berikut merupakan langkah-langkah yang akan digunakan untuk menentukan pertukaran ini.
                                      I.        Bahagikan peratusan dengan 100 ( 90/100=0.90)








No comments:

Post a Comment